Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
S23 FE

Galaxy S23 FE Mungkin Hadir Selepas iPhone 15, Ini Spesifikasi Yang Dijangka

Diterbitkan Ogos 24, 2023 · Dikemas kini Ogos 24, 2023 oleh Firdaus

Nampaknya kehadiran Samsung Galaxy S23 FE semakin menghampiri kita dan ini merupakan berita gembira buat anda yang menantikannya.

Pemberi maklumat terkenal Yogesh Brar dalam ciapan beliau telah mendedahkan spesifikasi yang mungkin ditawarkan dalam S23 FE.

Samsung Galaxy S23 FE

– 6.4" FHD+ Dynamic AMOLED, 120Hz
– Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1 / Exynos 2200
– 50MP (OIS) + 8MP + 12MP (Tele)
– Selfie: 10MP
– Android 13, One UI 5.1
– 4,500mAh battery, 25W Charging
– 4+5 years support
– wireless charging, IP rating

September release

— Yogesh Brar (@heyitsyogesh) August 23, 2023

Berdasarkan ciapan di atas, peranti ini dikuasakan Snapdragon 8 Gen 1, sebuah cip flagship pada tahun 2022 lepas. Agak mengecewakan kerana Snapdragon 8+ Gen 1 adalah pilihan yang lebih baik.

Namun, mungkin Samsung memilih Snapdragon 8 Gen 1 kerana nak jimatkan kos dan cip tersebut dihasilkan melalui teknologi mereka sendiri.

Samsung Galaxy S23 FE Dilapor Tertiris Dengan Rekaan Yang Sama

Tidak lupa juga mungkin terdapat variasi dengan cip Exynos 2200 dan peranti ini dilengkapi skrin Dynamic AMOLED 6.4″ FHD+ yang mampu sokong kadar segar semula hingga 120Hz.

Untuk kamera, S23 FE dilapor guna sensor kamera 50MP utama (OIS), 8MP mungkin ultra-lebar, 12MP telefoto dan 10MP swafoto.

Peranti ini juga dilapor sokong kapasiti bateri 4,500mAh, pengecasan 25W, menggunakan One UI 5.1, 4 tahun kemas kini perisian dan 5 tahun sekuriti.

Selain itu, Samsung Galaxy S23 FE juga dikatakan bakal sokong ciri pengecasan wayarles dan perlindungan kalis debu dan air IP68.

Berkaitan

  • India Cipta Sejarah, Chandrayaan-3 Berjaya Mendarat Di Kutub Selatan Bulan
  • Qualcomm Perkenal 3 Cip Snapdragon Terbaru Fokus Konsol Mudah Alih
  • Pengguna Telefon Boleh Lipat Samsung Patut Kemas Kini One UI Versi Terbaru Segera
  • Sony PlayStation Portal Hanya Sekadar Aksesori Premium PS5
  • HUAWEI FreeBuds SE 2 Dilancar, Lebih Ringan, Kompak Dan Bateri Tahan Sehingga 40 Jam

Tambahan lagi, Yogesh menyatakan S23 FE bakal dilancarkan pada bulan September depan. Dan saya berpendapat ia pada penghujung September untuk mengelakkan pertembungan dengan keterujaan pelancaran siri iPhone 15 pada pertengahan bulan tersebut.

Beli Peranti Samsung di Shopee: https://invl.io/cljf124

Beli Peranti Samsung di Lazada: https://invol.co/cljf11r

Berkaitan

  • India Cipta Sejarah, Chandrayaan-3 Berjaya Mendarat Di Kutub Selatan Bulan
  • Qualcomm Perkenal 3 Cip Snapdragon Terbaru Fokus Konsol Mudah Alih
  • Pengguna Telefon Boleh Lipat Samsung Patut Kemas Kini One UI Versi Terbaru Segera
  • Sony PlayStation Portal Hanya Sekadar Aksesori Premium PS5
  • HUAWEI FreeBuds SE 2 Dilancar, Lebih Ringan, Kompak Dan Bateri Tahan Sehingga 40 Jam

Sumber: Yogesh Brar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY