Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
oneui 5

Pengguna Telefon Boleh Lipat Samsung Patut Kemas Kini One UI Versi Terbaru Segera

Diterbitkan Ogos 24, 2023 · Dikemas kini Ogos 24, 2023 oleh ariff bukhari

Selepas lebih 2 minggu kemas kini bulan Ogos diterima pengguna telefon pintar Samsung flagship terkini seperti Galaxy S23, Galaxy S23+ dan Galaxy S23 Ultra, terbaru kemas kini tersebut turut mula ditawarkan kepada pengguna model telefon pintar Galaxy sebelumnya.

Antara yang baru sahaja menerimanya adalah Samsung Galaxy Z Flip 4.

Antara perincian dalam kandungan kemas kini tersebut yang menaik taraf sistem telefon pintar Samsung Galaxy kepada One UI 5.1.1 adalah seperti penambahbaikan pada butang kawalan media, panel Flex mode (untuk peranti boleh lipat) menyokong lebih banyak aplikasi, perkongsian fail kini boleh dibuat terus bersama orang hubungan walaupun mereka tidak berada berdekatan, ciri drag & drop menggunakan 2 tangan, ciri keselamatan peranti dipertingkatkan dan banyak lagi.

Kemas kini One UI 5.1.1
Kemas kini One UI 5.1.1
Kemas kini One UI 5.1.1
Kemas kini One UI 5.1.1

 

Kemas kini bulan Ogos ini sudah mula ditawarkan secara berperingkat kepada semua pengguna telefon pintar Samsung Galaxy yang menyokongnya.

Jadi anda boleh menyemak telefon pintar Galaxy anda sama ada sudah menerima kemas kini One UI 5.1.1 ini menerusi Settings > Software update > Download and install.

Berkaitan

  • Samsung Galaxy S23 Ultra - Kamera Versatil Tanpa Tandingan
  • Samsung Galaxy S23 Ultra - Pelengkap Ekosistem Android Yang Terbaik Buat Masa Ini
  • (Ulasan) Samsung Neo QLED QN85C - Cukup 'Power' Walaupun Bukan OLED

(Beli pelbagai peranti Galaxy dari stor rasmi Samsung di Shopee dan Lazada)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY