Gadis Berusia 7 Tahun Menerima Tawaran Kerja Selepas Menghantar Surat Pada Google

Pasti ramai yang masih ingat pada Chloe Bridgewater, gadis kecil berusia 7 tahun yang pernah menghantar surat kepada Google tentang keinginannya untuk bekerja dengan syarikat gergasi tersebut.

Chloe Bridgewater mula bercita-cita untuk berkerja dengan Google selepas ayahnya menceritakan tentang suasana kerja yang menyeronokkan di pejabat Google.

e8fd33398ef1f39a789ffcd078d47a5af4808edf-tc-img-preview

Tanpa diduga, surat yang dihantar Chloe itu mendapat perhatian dari Google. CEO Google Sundar Pichai sendiri membalas surat Chloe dengan ucapan terima kasih dan memberi kata-kata membina. Beliau juga memberitahu keinginan untuk menerima surat permohonan kerja dari Chloe selepas dia tamat persekolahan kelak.

Pihak Google sendiri mengesahkan originaliti surat tersebut.

9bf5b8019ee10c9784b274504b95beef93174d9d-tc-img-preview

Hari ini, muncul lagi cerita tentang Chloe Bridgewater. Gadis kecil ini telah menerima tawaran kerja oleh sebuah syarikat teknologi bernama Kono, bersama Hollie, adiknya yang berusia 5 tahun. Kono merupakan syarikat pembuat peralatan kit komputer untuk kanak-kanak.

Chloe dan Hollie akan menjadi Penasihat kepada syarikat tersebut. Mereka berdua akan mencuba dahulu produk yang dihasilkan dan memberikan pandangan sebelum ianya dilancarkan ke pasaran.

Hebat betul adik ni.

Sumber