Kita semua mengetahui bahawa seseorang artis itu pasti mempunyai pengikutnya yang tersendiri dan ada yang sanggup berbelanja hanya untuk membeli apa-apa barangan yang berkaitan dengan idola mereka itu.
Terbaru, penyanyi popular dari Korea Selatan, G-Dragon diberitakan telah dilantik untuk menjadi duta bagi telefon pintar OPPO F3 dan F3 Plus.
Wajah G-Dragon menghiasi beberapa poster yang ditampal dibeberapa lokasi termasuk pusat beli-belah di Filipina.
Berdasarkan poster itu, kita boleh lihat OPPO bakal memperkenalkan kamera selfie dwi lensa untuk versi F3 dan F3 Plus ini. Laman Cafef turut melaporkan bahawa kamera selfie dwi lensa itu masing-masing akan beresolusi 20 megapiksel dan 8 megapiksel.
Khabar angin lain turut menyatakan F3 dan F3 Plus dioperasikan dengan platform androi Nougat 7.0 dan dilengkapi teknologi pengecasan pantas dari OPPO.
Di Malaysia, OPPO telah menjadikan Fattah Amin, Ayda Jebat, Min Chen dan Lee Min Ho sebagai duta bagi OPPO R9S.
Sumber: Mdroid, Cafef
Berkaitan
- HONOR Band 7 Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM199
- Daftar TIME Fibre Broadband Sebelum 15 Jun Dan Anda Boleh Jimat RM240 Untuk Bil Bulanan
- Redmi K30 Mungkin Dilengkapi Paparan 120Hz Dan Sensor Sony IMX 686
- Samsung Galaxy Note 9 Tampil Dengan Bateri 4000 mAh, Storan 512 GB Dan S-Pen Yang Lebih Baik
- Redmi 10 Rasmi Di Malaysia, Harga RM649, Pembesar Stereo Dan 90Hz
- Menteri KKMM Menyatakan Laporan Ujian Dan Percubaan 5G Dijangka Siap Suku Ke-4 Tahun Ini
- Kerajaan Jalankan Kajian Untuk Hadkan Internet Keatas Remaja Selepas 12 Malam
- Facebook Uji Fungsi Tarik Balik Mesej Pada Messenger
- Bank Di India Sediakan Robot Untuk Melayan Pelanggan
- Instagram Bakal Buang Ciri Photo Maps