CrucialTec, pembuat modul cap jari tersebut dilaporkan datang dengan penyelesaian yang akan memberi lebih banyak fleksibiliti untuk pembuat telefon bimbit dengan melaksanakan pengimbas cap jari pada skrin dan bukannya butang rumah fizikal.
Satu laporan dari Korea Selatan mengatakan bahawa penyelesaian baru ini akan menawarkan lebih banyak ruang kreativiti kepada syarikat pembuat telefon pintar. "Pengimbas cap jari pada skrin, yang digelar Solution Display atau DFS, semakin mendapat maklum balas positif daripada pelanggan kami, terutama di China," kata seorang pegawai CrucialTec.
Modul baru ini dibina di bawah paparan telefon pintar, dan dikatakan terdiri daripada komponen telus seperti transistor filem nipis, dan penderiaan elektrod. Syarikat mereka juga menekankan bahawa modul yang dibina adalah cukup sensitif sehingga berupaya untuk mengesan sentuhan sehelai rambut, dan mampu mengeluarkan "cap jari resolusi tinggi pada 500 titik seinci."
CrucialTec sebenarnya bukanlah syarikat pertama yang datang dengan rekaan cap jari pada skrin, syarikat bernama Synaptics tahun lepas telah memperkenalkan pengimbas cap jari optik untuk telefon pintar dan tablet yang mampu mengimbas cap jari di seluruh permukaan skrin dengan resolusi tinggi.
Sumber
Berkaitan
- Dapatkan OPPO Reno2 Dengan Faedah 0% Apabila Guna Kredit Aeon
- EA Umum Piala Dunia 2018 Russia Akan Hadir ke FIFA 18 Secara Percuma
- Shopee Catat Rekod Baru Dengan Penjualan 70 Juta Barangan Pada 11.11 Yang Lalu
- Apple Dikatakan Bakal Melancarkan Model iPhone XS & XS Max Versi Merah Bulan Ini
- Jom Guna Aplikasi Boost App Untuk Dapatkan Kredit Tambahan Apabila Anda Topup Dan Nikmati Baucer Diskaun Pembelian Sehingga 60%
- Webe Menawarkan Pelan Tanpa Had Serendah RM 79
- Samsung Galaxy A9 2018 - Peranti Bermata Empat Pertama Di Dunia Diperkenalkan Secara Rasmi
- Giliran Huawei Pula Tampil Dengan Dwi-Kamera
- Lelaki Beli iPhone XS Dengan Duit Syiling Penuhi Satu Tab Mandi
- IFA 2016 : Jam Pintar Keluaran TomTom Diumumkan Pelancaranya Oktober Ini