Fungsi Nyahkunci Skrin Menggunakan Wajah Bakal Hadir Ke Huawei Nova 2i

Dahulu mungkin kita berpendapat ciri nyahkunci peranti hanya eksklusif untuk peranti flagship, namun kini ia sudah semakin popular pada segmen pertengahan.

Perkhabaran terbaru, Huawei dilaporkan bakal menghadirkan dua fungsi baru pada Huawei Nova 2i. Fungsi yang dimaksudkan adalah nyahkunci skrin menggunakan wajah dan satu lagi ialah lensa AR.



Kemaskini yang akan dilepaskan dari Huawei itu nanti akan memanfaatkan dwi kamera hadapan model terbabit dan ia mempunyai dua mod nyahkunci iaitu, nyahkunci secara terus dengan menghala muka kearah skrin, dan satu lagi adalah pengguna harus menatal skrin terlebih dahulu.

Jika pengguna memilih mod yang kedua, notifikasi pada skrin tidak akan kelihatan sekiranya wajah anda tidak didaftarkan pada peranti tersebut.

Fungsi seterusnya adalah Lensa AR dimana ia anda berupaya menukar latarbelakang gambar kepada latarbelakang yang lebih menarik ibarat teknik superimpose. Kemaskini untuk menikmati fungsi-fungsi ini bakal dibuat pada 30 Januari ini.