Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Chrome Unboxed

Fungsi ‘Live Captions’ Kini Ditawarkan Untuk Semua Pengguna Google Chrome

Diterbitkan Mac 18, 2021 · Dikemas kini Mac 18, 2021 oleh Amsyar Latif

Google kini dilihat telah mengembangkan penawaran fungsi kapsyen secara langsung, Live Captions kepada semua penggunanya untuk pelayar web Chrome.

Buat pengetahuan, fungsi ini sebenarnya sudah lama digunakan untuk telefon Pixel pada tahun 2019 dan juga beberapa telefon Samsung Galaxy yang terpilih.

Kapsyen ini akan diaktifkan secara automatik. Bermakna, walaupun video atau audio dimatikan, ia masih memaparkan sarikata tersebut. Secara tidak langsung ia turut membantu bagi golongan yang mempunyai masalah pendengaran.

podcast live caption
Sumber: The Verge

Untuk mengaktifkannya, anda hanya perlu memastikan pelayar web Chrome anda berada pada versi stabil Chrome 89.

Chrome version

Jika Chrome anda mempunyai versi terkini, anda hanya perlu pergi ke Settings>Advanced dan pada bahagian Accessibility, klik pada Live Caption.

Chrome Live Caption

Tidak hanya terhad di Youtube, fungsi Live Caption ini boleh digunakan di mana-mana sahaja termasuk Twitch, Spotify, SoundCloud dan banyak lagi.

Walau bagaimanapun, ia hanya menyokong bahasa Inggeris sahaja buat masa ini dan dijangka akan menawarkan sokongan lain-lain bahasa pada masa akan datang.

Sumber: The Verge

Foto Utama: Chrome Unboxed

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY