Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Foxconn Dilapor Takkan Jadi Pembekal Eksklusif Untuk iPhone 15 Pro Dan ‘Ultra’

Foxconn Capai Persetujuan Dengan Syarikat Malaysia, Ada Kebarangkalian Buka Kilang Di Kulim

Diterbitkan Mei 19, 2022 · Dikemas kini Mei 19, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Foxconn melalui subsidiari dan sebuah syarikat tempatan iaitu DNeX (Dagang NeXchange Berhad) telah memeterai perjanjian persafahaman (MoU) untuk membina kilang di Malaysia.

MoU ini sah bermula 17 Mei 2022 dan hanya untuk setahun namun boleh dilanjutkan jika ada persetujuan.

Terdahulu, Foxconn telah memiliki 5% pegangan saham DNex dan mempunyai seorang wakil dalam lembaga.

Untuk makluman, DNeX kini menjadi syarikat induk Silterra yang mempunyai kilang di Kulim, Kedah selepas dijual Khazanah pada RM273 juta tahun lalu.

Justeru, Foxconn mempunyai pengaruh terhadap Silterra secara tidak langsung.

Ini memungkinkan kilang di Kulim tersebut juga digunakan untuk penghasilan cip untuk Foxconn selaku pembekal Apple dan jenama besar lain.

Foxconn dan DNeX merancang untuk membangunkan wafer 12 inci yang mampu mengeluarkan 40,000 wafer sebulan bagi semikonduktor 28nm dan 40nm.

Cip yang dikeluarkan kilang tempatan ini kelak akan digunakan untuk sensor, microcontroller, IC, WiFi, Bluetooth dan lain-lain.

Sumber: FMT, The Edge

Baca juga:

  • Foxconn Dilaporkan Mahu Bina Kilang Bernilai $9 Bilion Di Bandar Yang Belum Wujud
  • Foxconn Dan Thailand Melabur $1 Bilion Untuk Pengeluaran Kereta Elektrik Pada 2024
  • Syarikat Pembuat iPhone Foxconn Melabur Di Indonesia Untuk Hasilkan Kereta Elektrik

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY