Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Foxconn Dan Thailand Melabur $1 Bilion Untuk Pengeluaran Kereta Elektrik Pada 2024

Foxconn Dan Thailand Melabur $1 Bilion Untuk Pengeluaran Kereta Elektrik Pada 2024

Diterbitkan Februari 8, 2022 oleh Meor Hasyim

Sebelum ini Foxconn dilaporkan telah melabur di Indonesia dalam mewujudkan satu ekosistem tenaga baharu di sana meliputi juga pengeluaran kereta elektrik.

Terkini, juga tentang Foxconn, juga tentang kereta elektrik, tetapi bukan di Malaysia – syarikat itu akan melabur di Thailand pula dalam penghasilan kereta elektrik besar-besaran pada tahun 2024.

Dengan kerjasama dari Korporasi Petroleum Kebangsaan Thailand (PTT), kedua-dua pihak ini akan melabur sebanyak $1 bilion dalam membangunkan kilang-kilang kerta elektrik di Thailand.

Dianggarkan sebanyak 50,000 kenderaan elektrik akan dihasilkan setahun yang kemudiannya akan dikembangkan kepada 150,000 tahunan.

Foxconn yang juga syarikat utama dalam pengeluaran iPhone kini dilihat rancak dalam mengetengahkan syarikat dalam arena kereta elektrik – bukan sahaja Indonesia dan Thailand, malah beberapa bulan lalu mereka telah memperkenalkan prototaip kenderaan elektrik milik mereka untuk pengeluaran komersial tahun ini juga.

Sumber: Taiwan News

Baca juga:

  • Syarikat Pembuat iPhone Foxconn Melabur Di Indonesia Untuk Hasilkan Kereta Elektrik
  • Google Buang 2 Aplikasi Popular Ini Dari Play Store Tanpa Sebab Munasabah
  • Bateri Dari Lemon Cipta Rekod Dunia Guinness Baru

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY