Foxconn Dilaporkan Mahu Bina Kilang Bernilai $9 Bilion Di Bandar Yang Belum Wujud

Foxconn dilaporkan mahu membina sebuah kilang yang dianggarkan bernilai $9 bilion di sebuah bandar yang belum wujud lagi.

Lokasi bandar yang belum wujud lagi itu akan terletak di dalam Wilayah Tabuk dan akan dinamakan sebagai Neom. Bandar yang dibangunkan oleh  kerajaan Arab Saudi itu sudah pun diumumkan sejak tahun 2017 lagi dan dijangka siap pada tahun 2025 nanti.

Fasiliti baru Foxconn itu dilaporkan akan mengeluarkan pelbagai produk seperti skrin dan komponen-komponen bagi kenderaan elektrik (EV).

Fasiliti Foxconn terbesar ketika ini terletak di Shenzen, China. Tetapi mereka juga punyai fasiliti lain yang terletak di beberapa lokasi lain seperti Hong Kong dan Taiwan.

Sumber: PCMag

Baca juga: