Foto Butiran Ringkas Huawei P10 Dan P10 Plus Tertiris

Disebut-sebut sebagai telefon flagship dari Huawei, dua buah model telefon pintar yang dikenali sebagai P10 dan P10 Plus dijangka akan diumumkan sehari sebelum acara MWC 2017 yang dijadualkan berlangsung pada 27 Februari nanti.

Sementara itu, internet hari ini telah banyak melaporkan mengenai dua buah model berkenaan kerana satu foto spesifikasi ringkas telefon itu mula tersebar. Foto tersebut memaparkan beberapa butiran ringkas bagi model P10 dan P10 Plus seperti variasi yang akan dikeluarkan serta harga bagi setiap satu variasi. Seperti yang boleh kita lihat, P10 bakal tampil dengan 3 variasi pilihan manakala versi Plus pula hanya terdapat 2 pilihan sahaja.

 

Huawei P10

  • 4GB RAM | storan dalaman 32GB | 3,488 Yuan (~RM2,249)

  • 4GB RAM | storan dalaman 64GB | 4,088 Yuan (~RM2636)

  • 6GB RAM | storan dalaman 128GB |  4,688 Yuan (~RM3023)


Huawei P10 Plus

  • 4GB RAM | storan dalaman 64GbB | 4,988 Yuan (~RM3216)

  • 6GB RAM | storan dalaman 128GB | 5,688 Yuan (~RM3668)


 

Dari segi saiz skrin paparan, P10 dikhabarkan akan hadir dengan skrin bersaiz 5.2 inci yang menawarkan paparan HD penuh. Bagi versi Plus pula, ia mungkin akan bersaiz lebih besar sedikit dengan skrin paparan berukuran 5.5 inci. Selain dibezakan dari segi saiz, Plus turut menggunakan skrin paparan sisi melengkung yang dikatakan mampu memberi paparan beresolusi Quad HD.

Untuk spesifikasi lain pula, kedua-dua buah model bakal menggunakan cip pemproses yang sama iaitu HiSilicon Kirin 960. Seperti model terdahulu, P10 dan P10 Plus akan menampilkan lensa Leica 12 megapiksel dwi-kamera pada panel belakang. Kamera swafoto 8 megapiksel pula akan melengkapkan telefon ini dibahagian hadapan.

Spesifikasi lain yang mungkin hadir untuk P10 dan P10 Plus adalah pengimbas iris, pengimbas cap jari, dan beroperasi menggunakan platform Android Nougat 7.0. Huawei turut dipercayai dalam usaha untuk mengeluarkan versi Lite bagi telefon siri P10 ini.

Sumber: Phone Arena Via Mdroid