Forza Street - Siri Permainan Lumba Kereta Popular Xbox Akan Ke Peranti Pintar

Sekiranya anda peminat permainan lumba kereta, nama Forza pasti pernah anda dengari walaupun anda tidak pernah memainkannya.

Siri permainan eksklusif Microsoft(Xbox & Windows) tersebut boleh dikatakan sebagai pencabar terbaik bagi satu lagi siri permaian lumba kereta terkemuka, Gran Turismo yang juga merupakan Playstation Exclusive.

Kini, satu edisi baru dibawah siri berkenaan, Forza Street sah akan ditawarkan pada peranti pintar mudah alih iOS dan Android tidak lama lagi.

https://youtu.be/07TffPtB_Jg

Permainan ini juga sedia ditawarkan pada platform PC dan ia adalah merupakan permainan yang percuma untuk dimainkan(free-to-play).

Pemain akan dibawa untuk berlumba di jalanan bandaraya atau lebih tepat Miami Street dan bukannya di dalam litar seperti Forza Horizon dan Forza Motorsport.

Malah, permainan ini juga sebenarnya adalah hasil penjenamaan semula permainan Miami Street yang pernah diperkenalkan untuk platform PC tidak lama dulu.

Bagi pengguna PC yang mahu mencuba permainan ini, anda boleh memuat-turun melalui pautan ini. Untuk peranti pintar pula, anda mungkin perlu menunggu beberapa bulan lagi untuk mencuba Forza Street ini.

 

Sumber: Microsoft