Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Aplikasi Video Pendek Vine Dihentikan

Aplikasi Video Pendek Vine Dihentikan

Diterbitkan November 1, 2016 oleh Haikel Areff

Twitter semalam telah pun mengumumkan mereka akan menghentikan aplikasi Vine mereka dengan serta merta. Pengumuman tersebut telah dikeluarkan di satu lagi laman web miliki Twitter iaitu Medium.  Vine adalah satu aplikasi media sosial dimana pengguna boleh menghantar video kelakar selama 6 saat. Aplikasi Vine telah menarik 200 juta pengguna dalam masa sebulan pertama ianya dilancarkan dan mempunyai lebih 40 juta video Vine yang telah dimuat naik di laman aplikasi tersebut.

Vine dicipta pada asalnya pada pertengahan tahun 2012 dan sejurus itu diambil alih oleh Twitter pada penghujung tahun 2012. Aplikasi Vine masih boleh dibuka dan pengguna masih boleh menonton video pendek yang telah dikongsi sebelum ini namun Vine akan ditutup secara total kelak.

Antara nama-nama sosial media yang naik dengan menggunakan aplikasi Vine adalah seperti Luqman Podolski dan Adib Alexx. Harapnya Twitter masih mampu mengekalkan Aplikasi Vine mereka walaupun ianya perlukan penambahbaikkan dari segi rekaan ‘layout’, fungsi atau ‘loading’ video untuk menarik kembali peminat Vine seperti dulu.

Vine terpaksa dihentikan kerana mereka kehilangan pengguna secara drastik awal tahun ini. Ianya juga mungkin disebabkan Instagram menambah fungsi video yang sama. Vine dilaporkan akan kehilangan 9% pekerja mereka yang berjumlah seramai 350 orang pekerja.

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY