Ford Menjadikan Tempat Tidur Bayi Seakan Pemanduan Dalam Kereta Untuk Mendapatkan Bayi Anda Mudah Tidur

Kepada ibu-bapa baru yang menghadapi masalah untuk menidurkan bayi baru lahir, mungkin inilah jawapannya. Menurut satu kajian yang dijalankan oleh syarikat pembuat kereta terkenal, Ford mengatakan 80% ibu-bapa akan memandu kereta bersama bayi, dikatakan penyelesaian mudah yang diambil untuk menidurkan bayi.

Kami kurang pasti tentang sejauh manakah kebenaran tentang teori ini kerana kami pun masih bujang. Hehe...

max-motor-1024x768

Kini syarikat Ford Motor tampil dengan tempat tidur bayi rekaan mereka sendiri, Max Motor Dreams. Ianya merupakan tempat tidur bayi yang menyerupai gerakan, bunyi enjin dan juga suasana seperti di dalam kereta. Jadi tak payah susah-susah memandu kereta untuk tidurkan anak.

"Selepas bertahun-tahun kajian dan soal selidik bersama golongan ibu dan bapa, kita mendapati bahawa kebanyakkan ibu-bapa baru mempunyai masalah untuk mendapatkan tidur yang berkualiti kerana terpaksa berjaga malam melayan anak yang tak reti-reti tidur", kata pereka Max Motor Dreams, Alejandro Lopes Bravo dalam satu kenyataan akhbar.

"Tetapi kebanyakkan mereka memberitahu memandu kereta bersama bayi merupakan satu magik mudah dalam menidurkan anak mereka" tambahnya lagi.

Ibu bapa boleh menghidupkan Max Motor Dreams dengan aplikasi telefon pintar. Aplikasi ini membolehkan ibu bapa untuk merakam pergerakan bayi, menyesuaikan mood cahaya dan suara 'enjin' kereta supaya bayi dapat tidur dengan suasana seperti dalam kereta sebenar.

[embed]https://www.youtube.com/watch?v=Ic6vWoSd8Fk[/embed]

Namun pihak Ford tidak mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut tentang harga yang akan dipasarkan ketika ini. Tetapi pada pengamatan kami, ciptaan sebegini mungkin hanya dikomersialkan di negara eropah atau mungkin disertakan dalam pakej pembelian sebuah kereta Ford?

Sumber