Football Manager 2019 Bakal Dilancarkan Pada 2 November Ini

Bermain bola sepak hari ini bukan sahaja tertumpu kepada aksi di atas padang sahaja. Setiap arahan dan tunjuk ajar yang diberikan oleh jurulatih dan pengurus perlu diterjemahkan sebaik mungkin sepanjang 90 minit permainan.

Namun, tidak semua orang dikurniakan bakat untuk menjadi pemain dan pengurus sesebuah pasukan bola sepak. Jadi, mereka yang mengimpikan kerjaya sebegini pasti memilih permainan video untuk menterjemahkan mimpi mereka supaya menjadi kenyataan.

Kredit : SEGA/Sport Interactive


Jika PES dan FIFA menjadi kegilaan mereka yang bercita-cita menjadi pemain bola sepak, mereka yang ingin menjadi pengurus pasukan pula pasti menggilai permainan Football Manager. Permainan yang dibangunkan oleh Sport Interactive buat kali pertama pada tahun 2004 ini telah berjaya menjadi permainan pengurusan sukan nombor satu di dunia buat sekian lama.

Bercakap mengenai itu, permainan yang diperkenalkan secara tahunan itu akan muncul dengan edisi ke-15-nya pada 2 November ini. Apa yang mengejutkan, imej Manager Man yang menghiasi poster permainan sebelum ini tidak lagi digunakan.

Selain daripada itu, setakat ini masih belum ada laporan yang betul-betul meyakinkan berkenaan pembaharuan yang akan dibawa pada Football Manager(FM) 2019 nanti. Ketika ini, FM 2019 ditawarkan pada harga diskaun iaitu RM 125 di pasaran Steam untuk pra-tempahan.

https://youtu.be/66-BT930evI

Kami menjangkakan pihak pembangun permainan ini akan mendedahkan dengan lebih lanjut berkenaan permainan ini semasa acara Gamescon 2018 yang akan diadakan di Jerman pada 21 Ogos-25 Ogos nanti. Sama-sama kita nantikan.

 

Sumber