Fon Telinga Tanpa Wayar BeatsX Mula Dijual Di Pasaran US Esok

Apple telah mengesahkan fon telinga tanpa wayar yang digelar BeatsX akan mula dijual esok di pasaran US dan secara global pada minggu yang mendatang. BeatsX sebenarnya sudah dipamerkan bersama Apple Airpods pada pelancaran flagship iPhone 7 September lepas.

BeatsX dibina dengan cip W1 yang sama dengan Airpods. Ini dapat memudahkan penyambungan yang pantas dan mudah bersama iPhone. Ianya akan hadir dengan dua pilihan warna iaitu hitam dan putih. BeatsX menawarkan sehingga 8 jam kapasiti bateri bersama sokongan 'Fast Fuel'. 'Fast Fue;' merupakan sokongan cas pantas yang mengambil masa hanya 5 minit untuk keupayaan bateri selama 2 jam. Ianya menggunakan kabel Lightning ke USB Type-A untuk pengecasan.

BeatsX juga akan mengetengahkan pilihan rekaan eartips yang berbeza yang menawarkan keselesaan untuk pendengar dan kestabilan kedudukan di telinga pendengar walaupun melakukan aktiviti lasak. Ianya mempunyai rekaan fleksibel dan mudah dibawa kemana-mana,

applebeatswirelessx_big_1

 

Fon telinga ini juga memiliki ciri noise isolation yang dioptimumkan dan fungi RemoteTalk yang membolehkan pendengar mengawal menjawab panggilan telefon dengan menggunakan mikrofon yang dibina di dalam, mengawal musik pilihan serta volume dengan adanya sokongan AI (siri).

Eksesori baru dari Apple juga akan dijual melalui Apple Stores dan laman web rasmi Apple pada harga $149.95 (RM 670).

Sumber