Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
China Sasar Bina Pangkalan Di Bulan Dalam Tempoh 10 Tahun Akan Datang

China Sasar Bina Pangkalan Di Bulan Dalam Tempoh 10 Tahun Akan Datang

Diterbitkan April 27, 2019 oleh Haikel Areff

Negara China tidak pernah lari daripada mengimpikan sesuatu yang diluar jangkaan dalam industri teknologi sejak beberapa dekat lalu.

Terbaru, mereka dikatakan bercadang untuk mendirikan satu pangkalan di Bulan dalam tempoh 10 tahun mendatang.

Pangkalan itu dikatakan akan digunakan sebagai sebahagian daripada persediaan mereka untuk menjelajah planet Marikh di masa akan datang.

Pada awal tahun lalu, mereka telah mencipta sejarah apabila berjaya mendaratkan pendarat Chang’e 4 serta rover Yutu 2 dan pernah cuba menanam tumbuhan di permukaan Bulan.

Cadangan untuk mendirikan pangkalan itu telah dinyatakan oleh Zhang Kejian, Ketua Jabatan Angkasa Kebangsaan China baru-baru ini.

Pangkalan itu dikatakan akan dibina di bahagian kutub Selatan Bulan yang berais. Ais adalah penting bagi pangkalan itu untuk membekalkan air serta boleh digunapakai untuk komponen minyak roket.

Misi Chang’e 4 dan Yutu 2 akan berakhir pada hujung tahun ini dan China dijangka akan terus menjalankan misi angkasa di tahun-tahun mendatang.

 

Sumber: Express UK

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY