Fnatic Mengumumkan Senarai Pemain Yang Baharu

Fnatic yang beraksi buruk pada The International 7 yang lepas dengan terkandas di peringkat kumpulan membayangkan ada perubahan besar akan berlaku selepas itu.

Dengan pelbagai kritikan menyelebungi persembahan pasukan itu di TI 7, Fnatic pada hari ini mengumumkan akan menggugurkan 3 orang pemain mereka dan menggantikan mereka dengan yang lain.

Mereka telah menggugurkan QO, Febby dan Ahjit dengan ramai peminat menyalahkan pemain tengah Korea Selatan, QO atas kegagalan Fnatic di TI 7.

Fnatic megumumkan 3 pemain baru dari rantau Eropah dan Amerika Syarikat iaitu Jacky ‘EternalEnVy’ Mao, Johan ‘pieliedie’ Åström dan Steve ‘Xcalibur’ Ye. Xcalibur merupakan bekas pemain gantian Fnatic sebelum ini semasa pasukan itu menyenaraikan pemain Eropah dalam senarai pemain mereka.

Tidak pasti apa yang akan terhasil dari gabungan pemain dari rantau berbeza dan sejauh mana pasukan ini akan maju ke hadapan namun apa yang pasti, Fnatic komited untuk membangunkan pasukan Dota 2 mereka kembali.

Sumber

Berkaitan