Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Firefox Kini Lebih Pantas Dan Lebih Efisen

Firefox Kini Lebih Pantas Dan Lebih Efisen

Diterbitkan Jun 16, 2017 oleh Wiser MY

Pelayar sumber terbuka, Firefox telah mengemaskini versi pelayar mereka yang menjanjikan lebih pantas dan kurang memakan sumber memori.

Versi 54 ialah versi pertama yang menggunakan teknologi ‘pelbagai proses’ yang telah digunakan oleh pelayar lain seperti Chrome, Safari, dan Edge.

Sekarang, Firefox menjalankan laman sesawang yang berat dan kompleks dan mengurangkan penggnaan sumber untukĀ tabĀ yang lain menghasilkan pengalaman yang lebih baik untuk Windows, Mac dan peranti mobil.

Firefox telah menikmati populariti yang banyak sebagai pelayar kedua terbanyak digunakan selepas Internet Explorer (serius la..) sehingga Chrome memintas pada tahun 2011.

Sejak dari itu, pelayar itu agak ketinggalan dan versi 64-bit mula diperkenalkan ke dalam Windows pada tahun 2015 dan menggunakan teknologi ‘proses tunggal’ sehingga sekarang.

Firefox Kini Lebih Pantas Dan Lebih Efisen

Selain menjadikan pelayaran lebih smooth, Firefix 54 juga seharusnya berfungsi baik untuk komputer yang kurang sumber memori.

Ini kerana pasukan di belakang Firefox cuba melaksanakan proses berlainan dengan Google dalam usaha mencari keseimbangan dalam kelajuan dan penggunaan memori.

Firefox masih lagi di tempat ketiga di belakang Chrome dan Internet Explorer (serius ar sapa yang guna lagi) dan masih mendahului pelayar Microsoft yang lain, Edge.

Kemaskini terbaru ini mungkin akan menarik pengguna baru atau pengguna lama untuk menggunakan pelayar ini sebagai alternatif daripada pelayar lain.

Lagipun cute kan logo Firefox sebenarnya.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY