Firefox Focus, Aplikasi Pencarian Privasi Bersama AdBlocker

Firefox Focus merupakan aplikasi pencarian yang membolehkan pengguna melayari internet dengan ciri privasi dan adblocker yang terbina di dalam.

Pengguna sentiasa boleh mengubah tetapan di bahagian "Setting" seperti mengubah ciri privasi dan adblocker.



Pengguna juga boleh memadamkan terus senarai pencarian yang dicari sebelum ini dengan hanya menekan ikon bakul sampah di bahagian bawah.

Jika dilihat aplikasi pencarian Firefox Focus ini adalah lebih pantas berbanding aplikasi pencarian lain tetapi satu kekurangannya adalah ianya tidak membenarkan pengguna membuka lebih daripada satu window.



Dilihat aplikasi ini sangat sesuai untuk digunakan oleh pengguna yang tidak mahu diganggu oleh iklan. Ianya juga turut memfokuskan kepada pengguna yang mahukan aplikasi pencarian yang selamat dengan ciri asas pelayaran internet yang pantas dan mudah.