Avengers: Endgame Bring-Back Event hanya ditayangkan di beberapa pawagam terpilih sahaja.
Ini adalah berita baik kepada para peminat filem Avengers: Endgame Malaysia dan juga kepada mereka yang masih belum menonton filem ini.
Ini kerana filem tersebut telah disahkan akan mula ditayangkan sekali lagi di pawagam-pawagam Malaysia bermula 29 Jun ini.
Ia disahkan sendiri oleh 3 pempamer utama filem di Malaysia iaitu TGV Cinema, Golden Screen Cinema dan MBO Cinemas. Malah tiket bagi tayangan khas itu juga telah pun mula dijual oleh pempamer yang sudah pun boleh ditempah dari laman sesawang ataupun menerusi aplikasi mereka.
Namun begitu, tayangan filem tersebut tidak ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh Malaysia. Sebaliknya hanya pawagam terpilih sahaja yang akan menayangkan filem tersebut.
Sebagai contoh, MBO Cinemas hanya menawarkan tayangan filem tersebut di 2 lokasi pawagam milik mereka iaitu MBO the Starling Damansara Utama dan MBO the Spring Kuching.
TGV Cinemas pula menawarkan 8 lokasi berbeza bagi peminat menonton filem tersebut (sila semak di laman rasmi TGV Cinemas). Manakala pihak GSC Cinemas pula buat masa ini masih belum memberikan info berkenaan lokasi pawagam mereka yang menawarkan tayangan istimewa filem Avengers: Endgame.
Mereka juga masih belum mula menawarkan tempahan tiket tayangan bagi filem tersebut.
Untuk makluman, filem Avengers: Endgame yang akan ditayangkan semula nanti pada 29 Jun ini adalah filem yang sama yang telah ditayangkan sebelum ini.
Cuma terdapat futej tambahan yang dimasukkan dalam filem itu pada pengakhiran filem tersebut. Ia adalah berdasarkan kepada apa yang diberitahu oleh Presiden Marvel Studios, Kevin Feige semasa interview beliau bersama Screen Rant.
“Not an extended cut, but there will be a version going into theaters with a bit of a marketing push with a few new things at the end of the movie. If you stay and watch the movie, after the credits, there’ll be a deleted scene, a little tribute, and a few surprises. Which will be next weekend.” Kevin Feige.
Jadi, kepada para peminat Avengers: Endgame, adakah anda sudah bersedia untuk menghabiskan masa selama 3 jam lagi di dalam panggung wayang, semata-mata untuk menonton futej tambahan filem tersebut yang mungkin durasinya hanya selama 5 ke 8 minit?
Berkaitan
- Tandas Lutsinar Di Tokyo Membolehkan Pengguna Melihat Dulu Sama Ada Ia Bersih Atau Kotor Sebelum Memasukinya
- Hati-Hati Dengan Tuduhan Nombor Telefon Anda Disenarai Hitam
- Elak Ditipu, Semak Dahulu Akaun Bank Atau Nombor Telefon Dengan SEMAKMULE
- Perluasan Liputan 5G Akan Membolehkan Harga Internet Diturunkan - Menteri
- Lamborghini Hibrid Pertama Tiba Di Malaysia, Harga Termasuk Cukai Dari RM6.5 Juta
- Perisian Hasad BillGates Mengubah Fungsi Enjin Carian Kepada 'Zombi' Perlombongan Kriptowang
- Jam Simbol 'LGBT' Dirampas Penguat Kuasa Malaysia, Swatch Akan Ambil Tindakan Undang-Undang
- Pepijat Pada WhatsApp Didakwa Membolehkan Format Fail MP4 Diprogram Bagi Memasang Perisian Intip Ke Dalam Peranti Pintar
- Kutipan Global Filem Avengers: Endgame Kini Sudah Lebih Daripada USD2 bilion
- Aplikasi Ghosty Yang Membolehkan Pengguna Instagram Mengintip Akaun Pengguna Lain Dibuang Dari Play Store