Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
FedEx Uji Dron Autonomi Yang Boleh Bawa Muatan Sehingga 227kg

FedEx Uji Dron Autonomi Yang Boleh Bawa Muatan Sehingga 227kg

Diterbitkan April 6, 2022 · Dikemas kini April 6, 2022 oleh Nadiah Ab

Seiring dengan perkembangan industri e-dagang, kemajuan teknologi juga mendorong penyedia logistik seperti FedEx untuk menggunakan dron autonomi dalam perkhidmatannya.

FedEx baru-baru ini mengumumkan kerjasama dengan Elroy Air yang berpangkalan di California Bay Area untuk menguji sistem kargo Pelepasan dan Pendarat Menegak (VTOL) autonomi pada tahun 2023.

Setakat ini, kebanyakan projek dron komersial di Amerika Syarikat memfokuskan pada penghantaran capaian akhir (last mile) – iaitu menghantar satu produk daripada peruncit kepada pembeli.

Namun, ia menjadi menyusahkan apabila dron tersebut kembali ke pangkalan selepas setiap penghantaran untuk memuat semula dan mungkin juga mengecas semula.

fedex dron
Sumber: The Verge

Berlainan dengan Elroy Air, pesawat autonomi syarikat itu, Chaparral, telah diperkenalkan pada bulan Januari dan direka untuk mengambil kargo secara autonomi seberat 300-500 paun (~136-227kg) dan mengangkutnya melalui udara pada jarak sehingga 300 batu.

Pesawat itu sendiri direka untuk dimuatkan di dalam bekas perkapalan (shipping container) 40 kaki atau jet kargo C-130 untuk penghantaran dan penggunaan di mana-mana sahaja.

FedEx berkata mereka merancang untuk menggunakan dron Chaparral itu dalam operasi logistik middle-mile, menggerakkan penghantaran antara lokasi pengisihan.

Jika ujian dron ini berjaya, ia bakal menjadi pengubah permainan (game changer) bagi kalangan syarikat logistik seperti FedEx.

Dengan melaksanakan pengangkutan automatik antara pusat pengisihan, ia boleh meningkatkan kecekapan dan juga menghapus kesilapan manusia.

Sumber: Fox Business

Baca juga:

  • Dron Nano Bersaiz 8cm Berharga RM800,000 Dipasarkan Anak Tempatan
  • Johor Bakal Jadi Kawasan Ujian Dron Terbesar Asia Tenggara
  • Dron Selamatkan Nyawa Pesakit Jantung, Hanya Ambil Masa 3 Minit Untuk Hantar Peralatan Perubatan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY