Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Dron Nano Bersaiz 8cm Berharga RM800,000 Dipasarkan Anak Tempatan

Posted on April 1, 2022April 2, 2022

Dalam Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Perkhidmatan Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2022 di MITEC pada Rabu lepas, sebuah dron nano sekecil tapak tangan dipamerkan.

Dron dinamakan Nano UAV ini bersaiz sekitar 8 sentimeter dan mampu terbang setinggi 2km serta sejauh 2-3km sekurang-kurangnya dalam 25 minit.

Ia dilengkapi kamera berkualti tinggi bersama ciri pandangan malam (NGV) yang sesuai dijalankan dalam pencahayaan gelap.

Selain itu, ia mempunyai fungsi untuk menghalang isyarat dan sistem ‘guidance avoidance’

Dengan bunyi senyap, ia sesuai digunakan di lapangan untuk mengintip dan mengesan musuh dari jarak yang lebih selamat. Dibina di China, ia dipasarkan oleh syarikat tempatan iaitu Delta Masis (M) Sdn. Bhd.

Sumber: BERNAMA

Bukan itu sahaja, dron ini turut dilengkapi pelan laluan pulang untuk memastikan ia tidak hilang kawalan atau sesat semasa operasi.

Menurut Pengarah Pembangunan Perniagaan Delta Masis (M) Sdn Bhd, Masri Muhammad, dron yang telah dipamer di 54 negara ini mendapat perhatian banyak pasukan keselamatan negara-negara ini.

Harganya mencecah lebih RM800,000 seunit atau USD165,000.

Sumber dan foto utama: BERNAMA

Baca juga:

  • 5 Sebab Telefon Ini Paling Berbaloi Untuk Dimiliki
  • Bukan Nak Minta Kerja Je Kena Ada Kabel, Nak Internet Laju Pun Kabel Kena Besar
  • Telefon Ni Memang Sedap Buat ‘Gaming’, ‘Power’ Tapi Harga Mesra Poket
  • Inilah Pencipta Logo Android, Wanita Dari Rusia Yang Tidak Dikenali Ramai

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress