Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad kini sedang dalam usaha untuk membangunkan sebuah zon untuk dron di Iskandar Puteri. Zon ini dinamakan sebagai Drone and Robotics Zone Iskandar (DRZ Iskandar).
Tujuan DRZ ini adalah untuk menarik pelaburan sebanyak RM315 juta dan akan memberikan sehingga 1,000 peluang perkerjaan pada tahun 2025 di Johor. Dengan pembinaan Kawasan Ujian Dron (DTS) seluas 687.96 hektar, ia akan menjadi kawasan ujian dron terbesar di Asia Tenggara.
Pada hari pembukaan DTS ini turut dihadiri oleh Ketua Eksukutif Pelaburan Iskandar Bhd (IIB), Datuk Khairil Anwar Ahmad. Setakat ini, IIB telah mengeluarkan belanja sebanyak RM4 juta untuk membangunkan DRZ Iskandar ini.
Datuk Khairil Anwar juga menyatakan bahawa objektif DRZ Iskandar ini adalah untuk mencipta satu ekosistem dron dan robotik yang mana pelabur boleh menguji, menerbangkan dan mencuba pelbagai cara untuk mencipta dron di ruang udara yang selamat di DTS.
Sumber: Bernama
Foto utama: Wan Mohd Farhan
Baca juga: