Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Dron Selamatkan Nyawa Pesakit Jantung, Hanya Ambil Masa 3 Minit Untuk Hantar Peralatan Perubatan

Dron Selamatkan Nyawa Pesakit Jantung, Hanya Ambil Masa 3 Minit Untuk Hantar Peralatan Perubatan

Diterbitkan Januari 7, 2022 · Dikemas kini Januari 7, 2022 oleh Faiz Munir

Penggunaan dron semakin meluas dan mempunyai fungsi berbeza untuk setiap sektor. Seperti di Sweden, ia digunakan untuk menghantar bekalan dan peralatan perubatan secepat mungkin. Pada disember lalu, perkidmatan dron Everdone’s Emergency Medical Aerial Delivery (EMADE) dilaporkan telah berjaya menyelamat seorang warga emas yang diserang sakit jantung.

Ketika kejadian, mangsa sedang menyodok salji dihalaman rumah sebelum beliau diserang sakit jantung. Kebetulan, seorang pejalan kaki yang merupakan  seorang doktor melihat kejadian tersebut dan terus menghubungi talian kecemasan.

Everdrone di hantar ke tempat kejadian membawa defibrillator dengan mengambil masa 3 minit sahaja. Untuk pengetahuan, orang yang mengalami serangan jantung memerlukan bantuan kurang daripada 10 minit untuk selamat.

Dron Selamatkan Nyawa Pesakit Jantung, Hanya Ambil Masa 3 Minit Untuk Hantar Peralatan Perubatan

CEO Everdrone berkata, situasi ini adalah contoh realiti sebenar bagaimana teknologi Everdrone ini dapat menyelamatkan nyawa dengan menghantar bantuan secepat mungkin.

Dalam tempoh 4 bulan progam EMADE ini berlangsung, Everdrone telah diterbangkan sebanyak 12 kali untuk kes serangan jantung. 11 daripadanya berjaya menghantar defibrillator dan 7 daripada bilangan ini pula Everdrone sampai lebih awal daripada Ambulans.

Buat masa ini, sebanyak 200,000 rumah yang mampu dicapai oleh perkhidmatan EMADE ini. Pada tahun hadapan pula, syarikat tersebut berhasrat perkhidmatan mereka mampu mencapai lebih banyak kawasan.

Sumber: The Verge

Baca juga:

  • Kelajuan Jalur Lebar Mudah Alih Negara Berjaya Ditingkatkan Sebanyak 6.34Mbps Pada Tahun 2021 Lalu
  • Pertama Kali Di Malaysia, Apple Beri Airpods Percuma Bila Beli Mac/iPad
  • Perkhidmatan Penstriman Lanun Popcorn Time Tamat Beroperasi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY