Bagaimanapun, ia mungkin berubah bagi para pelancong yang melancong ke sebuah pulau peranginan popular mereka iaitu Hainan tidak lama lagi. Ini kerana terdapat satu laporan bahawa kerajaan China bercadang untuk mengkaji semula kesesuaian polisi berkenaan sekatan akses kepada laman sesawang tertentu kepada pengguna di kepulauan tersebut.
Kepulauan Hainan yang mempunyai saiz sebesar negara Belgium terkenal sebagai sebuah tempat pelancongan yang menjadi tumpuan pelancong selain daripada Beijing dan Guangzhou. Ia juga turut dikenali sebagai Hawaii di Timur oleh penduduk dunia.
Kerajaan China bercadang untuk menjadikan Hainan sebagai kawasan bebas cukai menjelang tahun 2020. Bagi menarik lebih ramai pelancong, mereka berpendapat bahawa sekatan akses kepada laman-laman sesawang utama berkenaan perlu dikaji semula.
Pada ketika ini, kerajaan China cuma bercadang untuk menarik sekatan terhadap laman Facebook, Twitter dan Youtube sahaja terlebih dahulu. Ini kerana laman berkenaan merupakan laman yang mempunyai pengguna aktif harian tertinggi di seluruh dunia pada ketika ini.
Menurut laporan, laman berkenaan boleh diakses oleh pengguna di dua bandar utama di kepulauan tersebut iaitu Haikou dan Sanya. Namun, ia masih belum lagi dapat dipastikan samada penduduk tempatan akan dapat menikmati kemudahan yang sama atau tidak.
Bagaimanapun, kiriman berkenaan rancangan berkenaan telah dibawa keluar daripada laman rasmi kerajaan China pada hari yang sama. Mungkin kita akan dapat mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan perkara ini dalam masa terdekat terutama kepada mereka yang bercadang untuk melancong ke kepulauan Hainan pada masa hadapan.
Sumber
Berkaitan
- Cip Exynos 9820 Diperkenalkan Secara Rasmi, Hadir Dengan NPU
- #MWC2019- Peranti Dengan Kebolehan 10X ZOOM Dan Sambungan 5G Dari OPPO
- Peranti Dengan Kamera Di Bawah Skrin Dari OPPO Bakal Dilancarkan Tidak Lama Lagi
- Google Bakal Berdepan Tindakan Saman Berbillion Ringgit Dari Kesatuan Eropah
- Tambah Nilai U Mobile RM10 Guna TnG E-Wallet, Anda Berpeluang Menang Samsung S10e
- ASUS ROG Phone - Definisi Sebenar Mobile Gaming
- Xiaomi Mi 6 Dengan Snapdragon 835 Dikhabarkan Hadir Fabruari Atau April Tahun Hadapan
- Sony Bercadang Untung Lancarkan Jam Pintar FES Watch U
- Dapatkan Potongan RM50 Bagi Pembelian Realme 5 Sempena Lazada 11.11 Sale
- Samsung Patenkan Rekaan S-Pen Dengan Kamera Terpasang