Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi Mi 6 Dengan Snapdragon 835 Dikhabarkan Hadir Fabruari Atau April Tahun Hadapan

Xiaomi Mi 6 Dengan Snapdragon 835 Dikhabarkan Hadir Fabruari Atau April Tahun Hadapan

Diterbitkan Disember 28, 2016 ยท Dikemas kini Disember 28, 2016 oleh Haikel Areff

Xiaomi Mi 6 iaitu satu lagi flagship dari Xiaomi yang ditunggu-tunggu bakal dijadualkan pelancaranya pada suku pertama tahun hadapan. Tetapi tarikh rasmi palancaranya masih menjadi tanda tanya. Terdapat dua kemungkinan iaitu pada bulan Februari atau April.

Menurut laporan dari laman web Weibo, Xiaomi Mi 6 bakal dilancarkan pada Valentine’s Day iaitu pada 14 Februari melalui sebuah gambar jemputan untuk acara pelancaran peranti baru Xiaomi tersebut. Laporan kedua pula, juga dari laman web Weibo mendakwa ianya sepatutnya dilancarkan pada bulan Februari namun terpaksa ditangguhkan ke bulan April.

Laporan tentang penangguhan pelancaran ke bulan April turut disokong dengan berita tentang Samsung dalam masa yang sama juga sedang dalam pembuatan flagship terbaru mereka dengan menggunakan cipset dari Qualcomm. Maksudnya, Qualcomm tidak mampu untuk menghasilkan cip Snapdragon 835 pada tarikh yan telah ditetapkan.

xiaomi-mi61

Antara yang menjadi perhatian tentang Xiaomi Mi 6 kali ini adalah seperti dwi-kamera dan bingkai yang nipis. Mi 6 juga dikatakan bakal tampil dengan sokongan ‘Fast-charging’. Secara jujurnya, pihak kami sendiri tidak pasti tentang berita ini. Nampaknya kita terpaksa menunggu tahun hadapan untuk kenyataan rasmi dari pihak Xiaomi sendiri.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY