Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Facebook Mungkin Mempamerkan Perkakasan Ciptaan Mereka Sendiri April Ini

Facebook Mungkin Mempamerkan Perkakasan Ciptaan Mereka Sendiri April Ini

Diterbitkan Mac 20, 2017 · Dikemas kini Mac 20, 2017 oleh Haikel Areff

Tahun lepas kita dapat saksikan Facebook telah menubuhkan satu kumpulan khas yang diberi nama Building 8. Building 8 ini di ketuai oleh Regina Dugan, bekas ketua projek Google’s Advanced Technology. Pasukan ini dibentuk adalah untuk memfokuskan kepada R&D dalam usaha untuk menembusi pasaran ‘hardware‘ berdasarkan kekuatan yang dimiliki oleh Facebook.

Mengikut laporan dari Bussiness Insider, pasukan Building 8 ini akan tampil dengan ciptaan baru mereka dan projek-projek teknologi canggih seawal April ini menjelang persidangan F8 Facebook. Mengikut laporan daripada mereka lagi, Building 8 akan menampilkan 3 teknologi baru dari Facebook yang memfokuskan kepada pengimbas otak (Brain Scanner), Drone dan Augmented Reality (AR).

Namun pada ketika ini, syarikat media sosial terbesar itu masih tidak lagi mengesahkan apa-apa tentang peranti atau teknologi yang akan mereka ketengahkan melalui projek Building 8 ini. Melalui projek ini, nampaknya Facebook jelas mahu mengambil langkah yang seterusnya untuk pergi lebih jauh dan membuka satu ruang yang baru untuk mereka terokai.

Sumber

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Trump Kata Keputusan Nvidia Bawa Kembali Jensen Huang "Tepat Dan Wajar"
  • Jensen Huang Dilantik Semula Sebagai CEO Nvidia Berkuat Kuasa Serta Merta
  • MySiren Kini Dilancarkan, Amaran Kecemasan Dihantar Terus Ke Telefon Dalam Kurang Seminit
  • CIMB OCTO Kini Boleh Anggar Jejak Karbon Daripada Perbelanjaan Kad
  • Wise Naikkan Had e-Wallet Kepada RM50,000, Tertinggi Di Malaysia
  • JPJ Wajibkan Pengguna Kemas Kini Maklumat Profil, Persediaan Untuk Ciri Digital Baharu
  • Signal Tambah Perlindungan Skrin Untuk Hadkan Akses Pembantu AI Seperti Gemini, Siri AI
  • CARSOME Premium Dilancar, Kereta Terpakai BMW Dan Mercedes-Benz Dengan Waranti Sehingga 5 Tahun
©2026 WISER.MY