Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Facebook Messenger Rooms, Panggilan Video Sehingga 50 Pengguna

Facebook Messenger Rooms, Panggilan Video Sehingga 50 Pengguna

Diterbitkan April 25, 2020 oleh Helmi Samsuri

Sejak bermulanya perintah berkurung diserata dunia, kita boleh melihat penggunaan platform panggilan video semakin galak digunakan. Sama ada untuk tujuan rasmi seperti mesyuarat syarikat mahupun “berkumpul” dengan ahli keluarga yang berjauhan.

Kini, gergasi media sosial Facebook tampil memperkenalkan Messenger Rooms, sebuah platform yang mampu menghimpunkan 50 orang pengguna dalam satu-satu masa.

Facebook Messenger Rooms, Panggilan Video Sehingga 50 Pengguna

Perkhidmatan panggilan video ini ditawarkan secara percuma dan boleh diakses oleh sesiapa jua tanpa memerlukan akaun Facebook. Penggunaannya sangat mudah dimana ia dimulakan sama ada dari Facebook atau Messenger. Tidak perlu memuat turun aplikasi lain.

Pengguna boleh mengajak pengguna lain untuk turut serta dalam panggilan dengan cara kongsikannya pada bahagian News Feed, Groups dan Events.

Selain itu, terdapat ciri untuk menetapkan panggilan video berkumpulan itu peribadi atau terbuka yang boleh disertai oleh sesiapa sahaja.

Messenger Rooms akan mula ditawarkan minggu ini pada beberapa buah negara dan penawaran lebih meluas keseluruh dunia akan dibuat pada minggu berikutnya.

Sumber: Facebook

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY