Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Facebook Messenger Kini Membolehkan Anda Membalas Kiriman Secara Individu Dalam “Group”

Facebook Messenger Kini Membolehkan Anda Membalas Kiriman Secara Individu Dalam “Group”

Diterbitkan Mac 21, 2019 oleh Haikel Areff

Berbual secara berkumpulan dalam mana-mana aplikasi memang menyeronokkan. Namun apabila terlalu ramai saling balas-membalas, kadang-kala agak memeningkan untuk kita membalas satu-satu mesej.

Perkara itu kini tidak lagi akan berlaku. Ini kerana Facebook sudah menyediakan satu fungsi yang membolehkan pengguna membalas mesej secara individu atau “quote and reply”, seperti yang ada pada aplikasi WhatsApp.

54255373_967970320066255_9013664834083880960_n (1)
Facebook Messenger Kini Membolehkan Anda Membalas Kiriman Secara Individu Dalam “Group”
Facebook Messenger Kini Membolehkan Anda Membalas Kiriman Secara Individu Dalam “Group”

Menerusi kemaskini terbaru ini, anda akan dapat melihat butang “reply” bersebelahan ikon emoji jika anda sentuh dan tahan satu-satu mesej di dalam Messenger Group.

Ia sudah mula tersedia untuk kegunaan pengguna sejak semalam dan sekiranya anda masih belum dapat menggunakan fungsi ini, anda mungkin perlu menyemak status kemaskini aplikasi Messenger anda.

 

Sumber: VentureBeat

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
©2026 WISER.MY