Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Alicia Vikander as the robot Ava in Alex Garland’s Ex Machina

Facebook Menutup Program AI Mereka Selepas Ianya Berkomunikasi Sesama Sendiri

Diterbitkan Julai 31, 2017 · Dikemas kini Julai 31, 2017 oleh Haikel Areff

Program kecerdasan buatan (Artificial Intelligence atau AI) yang sedang dibina oleh Facebook ditutup gara-gara robot AI tersebut mencipta bahasa seakan-akan ‘morse code’ untuk berkomunikasi sesama sendiri.

Facebook Menutup Program AI Mereka Selepas Ianya Berkomunikasi Sesama Sendiri

Sistem itu mencipta kod perkataan ciptaan mereka sendiri untuk berkomunikasi antara mereka. Penyelidik terpaksa mematikan sistem tersebut apabila mereka menyedari ia tidak lagi menggunakan bahasa inggeris.

Menurut Global News, AI itu mengatur perkataan-perkataan menjadi sesuatu yang tidak logik dan hanya boleh difahami oleh bot-bot sahaja, kata saintis Facebook AI Research.

Berikut antara contoh perbualan antara bot-bot program itu yang dikenali sebagai ‘Bob’ dan ‘Alice’:

Bob: i can i i everything else
Alice: balls have zero to me to me to me to me to me to me to me to me to
Bob: you i have everything else
Alice: balls have a ball to me to me to me to me to me to me to me to me

Menurut pakar di Facebook lagi, kelakuan ini agak sama seperti manusia yang mencipta perkataan pendek untuk merujuk kepada sesuatu.

Dalam perkataan lain, ianya sama seperti satu-satu komuniti manusia – seperti nelayan, atau pemain saham atau programmer, yang mencipta dialek mereka tersendiri yang berfungsi (dengan lebih efisyen) untuk persekitaran khusus mereka.

Facebook Menutup Program AI Mereka Selepas Ianya Berkomunikasi Sesama Sendiri

Program itu dicipta sebagai sebahagian dari program yang bertujuan untuk mengajar mesin bagaimana untuk berunding, dengan tujuan akhir untuk mencipta pembantu digital personal yang boleh berkomunikasi dengan Manusia, kata penyelidik Facebook dalam satu blog.

“Bob” dan “Alice” ditutup bukan kerana takut mereka akan merancang untuk menggulingkan mausia, tetapi kerana penyelidik mahukan robot yang mampu bercakap kepada manusia, kata saintis, Mike Lewis.

Difahamkan, robot itu mampu mencipta bahasa tersendiri kerana terdapat ralat di dalam kod sehingga memberikan ia insentif untuk mencipta bahasa sendiri.

Kredit: Siakap Keli

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY