Facebook Mengesahkan Jutaan Kata Laluan Pengguna Instagram Disimpan Dalam Format Yang Boleh Dibaca

Tukar kata laluan akaun Instagram anda segera! 


Pihak Facebook telah mengesahkan bahawa insiden kebocoran kata laluan yang melibatkan pengguna Instagram adalah melebihi jutaan pengguna.

Ia adalah jauh berbeza daripada apa yang diberitahu pada bulan lepas di mana pihak Facebook hanya menyatakan bahawa sebanyak puluhan ribu pengguna Instagram sahaja yang terkesan dengan isu ini.

Pihak Facebook mengesahkan isu kebocoran kata laluan pengguna Instagram ini di pos blog mereka bulan lepas yang telah dikemaskini hari ini:

"Since this post was published, we discovered additional logs of Instagram passwords being stored in a readable format. We now estimate that this issue impacted millions of Instagram users."

"We will be notifying these users as we did the others. Our investigation has determined that these stored passwords were not internally abused or improperly accessed)."

Pihak Facebook tidak menyatakan secara tepat berapa juta jumlah pengguna yang terkesan dengan isu ini. Sebaliknya hanya menyatakan 'jutaan' pengguna sahaja.

Jadi, sekiranya anda adalah salah seorang pengguna Instagram, tidak kiralah  anda rasa terkesan dengan isu ini ataupun tidak, anda dinasihatkan untuk tukar kata laluan akaun Instagram anda dengan kadar segera.

Sumber: Facebook

Berkaitan