Kini satu lagi perkhabaran kurang enak mula dibualkan selepas Facebook mengeluarkan kenyataan mereka telah menemui pepijat yang berupaya mengakses foto 6.8 juta pengguna.
Ia merupakan pepijat pada API foto, menjejaskan pengguna yang menggunakan log masuk Facebook bagi memberi kebenaran kepada aplikasi pihak ketiga mengakses foto mereka.
Menurut Facebook, melalui pepijat ini, pembangun aplikasi pihak ketiga mempunyai akses yang lebih besar terhadap foto pengguna, seperti foto Facebook Stories, Marketplace dan juga foto yang telah dimuat naik ke Facebook tetapi yang tidak dikongsikan.
Masalah pepijat ini dilaporkan telah berjalan selama 12 hari, diantara 13 September hingga 25 September 2018.
Pihak Facebook menjelaskan mereka akan memberi notifikasi kepada pengguna yang terjejas dan akan bekerjasama dengan pihak pembangun aplikasi dalam memadam foto pengguna yang terlibat.
Untuk menyemak sama ada akaun anda terjejas ataupun tidak boleh tekan pautan ini - Help Center
Sumber: Facebook
Berkaitan
- "Discover People" Dari Facebook Membolehkan Anda Mencari Kenalan Baru
- Boleh Ke WhatsApp Status Kumpul Maklumat Peribadi? Ini Jawapan Facebook Malaysia
- Facebook Mungkin Akan Perkenalkan Ciri Latarbelakang Berwarna Di Ruangan Komen
- Facebook Bangunkan Satelit Yang Boleh Pancarkan Internet Berkelajuan Tinggi
- Facebook, Twitter, Microsoft, Dan Youtube Cipta Pangkalan Data "Kandungan Pengganas"
- Facebook Tambah Fungsi Snooze, Senyapkan Kenalan Dan Pages Selama 30 Hari
- Facebook Haramkan Iklan Mempromosi Bitcoin Dan Matawang Kripto Yang Lain
- Telefon Satu Kamera Kini Sudah Boleh Merakam 3D Photo Facebook
- Facebook Uji Butang "Downvote" Untuk Tandakan Komen Buruk
- Facebook Uji Ciri Baru - News Feed Dibahagi Kepada Dua Bahagian, Perkongsian Rakan Atau Pages