Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Facebook Kemaskini Fungsi Live 360 Video

Facebook Kemaskini Fungsi Live 360 Video

Diterbitkan Julai 26, 2017 · Dikemas kini Julai 26, 2017 oleh Helmi Samsuri

Semalam Facebook telah mengumumkan beberapa fungsi baru bagi ciri video Live 360 yang bakal memberi manfaat kepada kedua-dua pembuat video dan juga penonton.

Apa yang baru?

Antara fungsi baru yang akan melengkapi ciri penstriman 360 darjah secara langsung itu adalah:

  • Sokongan penstriman video dengan resolusi 4K – untuk memberi pengalaman yang lebih mendalam kepada penonton
  • Penstabilan video secara automatik – jika terdapat video yang bergoyang algoritma Facebook akan mengenal pasti video tersebut untuk menstabilkannya
  • Pembuat video boleh memaklumkan jadual siaran kepada penonton
  • Butang “Donate” akan terpapar pada antaramukan Live 360

Selain itu, syarikat juga melancarkan program Ready yang mana ia menjemput…

  • pengeluar kamera dan
  • pembangun perisian

…untuk mendapatkan pra-pengiktirafan daripada Facebook bagi menyediakan peranti dan perisian untuk platform video Live 360. Logo Live Facebook akan menghiasi produk yang mendapat pra-pengiktirafan daripada Facebook.

Berikut merupakan jenama peranti dan perisian yang terlibat:

Kamera 360

  • Insta360 Air (sudah iktiraf awal tahun)
  • Insta360 Nano (sudah iktiraf awal tahun)
  • Insta360 Pro (sudah iktiraf awal tahun)
  •  Giroptic IO
  • Nokia Ozo
  • ION360U
  • ORAH 4I
  • Z Cam S1
  • 360fly 4K Pro
  • Garmin VIRB 360

Perisian

  • SCRATCH VR
  • Groovy Gecko
  • LiveScale
  • Teradek
  • Voysys
  • Wowza
  • Z CAM WonderLive

Nampaknya jenama ternama seperti Samsung dan Ricoh tidak pula disenaraikan. Rasanya tidak lama lagi penstriman secara VR pula akan muncul dalam ciri ini yang mana ia akan memberi pengalaman lebih mendalam dalam menonton video secara langsung.

Facebook Kemaskini Fungsi Live 360 Video
Contoh video Live 360 yang dirakam oleh NatGeo

Sumber: Engadget

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
©2026 WISER.MY