Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
A smartphone user shows the Facebook application on his phone in Zenica, in this photo illustration

Facebook Dikatakan Mengumpul Emel 1.5 Juta Pengguna Secara Tidak Sengaja

Diterbitkan April 18, 2019 oleh Helmi Samsuri

Facebook sekali lagi terpalit dengan isu privasi dimana yang terbaru, gergasi media sosial ini mengaku memuat naik emel pengguna tanpa keizinan secara tidak sengaja.

Melibatkan sejumlah 1.5 juta pengguna, ia mula mendapat perhatian apabila penyelidik sekuriti mengesan Facebook meminta pengguna baru untuk memasukkan kata laluan emel bagi pengesahan semasa mendaftar akaun.

Setelah pengguna memasukkan kata laluan tersebut, satu paparan menyatakan muat naik informasi sedang dibuat tanpa meminta keizinan pengguna terlebih dahulu.

Jurucakap Facebook telah mengesahkan, sejumlah data bagi 1.5 juta pengguna telah dikumpulkan dengan cara ini sejak Mei 2016 lagi. Difahamkan, ia digunakan untuk membantu membina hubungan sosial Facebook dan juga untuk mengesyorkan pengguna lain ditambah sebagai rakan.

Kaedah pengesahan ini bagaimanapun telah dihentikan danĀ  data yang dikutip secara tidak sengaja itu, tidak dikongsikan dengan sesiapapun serta sudah dipadam. Syarikat itu juga menyatakan pengguna yang terkesan telah dimaklumkan mengenai perkara tersebut.

Sumber: Business Insider

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
©2026 WISER.MY