Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Facebook Didakwa Mengintip Pengguna Instagram Melalui Kamera Swafoto

Facebook Didakwa Mengintip Pengguna Instagram Melalui Kamera Swafoto

Diterbitkan September 18, 2020 oleh Amalina Athman

Facebook sekali lagi berhadapan tuntutan mahkamah apabila didakwa telah mengintip pengguna Instagram melalui kamera pada telefon mereka. Menerusi aduan yang difailkan pada 18 September 2020, gergasi media sosial itu dikatakan telah mengakses kamera swafoto tanpa kebenaran pengguna.

Menurut laporan, tuntutan tersebut difailkan setelah pelbagai laporan media mengenai aplikasi media sosial itu, yang telah mengakses kamera iPhone walaupun pengguna tidak menggunakannya secara aktif. Sejak itu, Facebook telah menafikan laporan tersebut dan menyalahkan isu tersebut sebagai pepijat.

Dalam pada itu, tuntutan tersebut menyatakan bahawa penggunaan kamera itu disengajakan dan dilakukan untuk tujuan mengumpulkan “data yang menguntungkan dan berharga” pada penggunanya, yang tidak akan dapat diakses olehnya.

Buat masa ini, Facebook enggan mengulas lebih lanjut mengenai perkara tersebut.

Sumber: GizmoChina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY