Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Essential Home Merupakan Satu Lagi Pembantu Digital Dengan Paparan Bulat

Essential Home Merupakan Satu Lagi Pembantu Digital Dengan Paparan Bulat

Diterbitkan Mei 31, 2017 oleh Wiser MY

Bukan telefon pintar sahaja yang dilancarkan oleh Andy Rubin, pencipta bersama Android.

Dia juga mendedahkan tentang produk yang memfokuskan kerja-kerja di rumah.

Essential Home merupakan peranti pintar sama seperti Echo Amazon dan Google Home.

Peranti itu menampilkan paparan berbentuk bulat yang berfungsi seperti menjawab soalan, menetapkan masa, dan berintegrasi bersama perkkhidmatan seperti memainkan muzik dan mengawal sebarang peralatan pintar di rumah.

Ia juga boleh memberitahu anda untuk keluar rumah awal bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Perisian yang menguasakan peranti ini dipanggil Ambient OS.

Sistem operasi ini menyokong perkhidmatan seperti SmarThings, HomeKit dan Nest.

Essential mementingkan privasi anda di rumah.

Peranti ini akan berkomunikasi terus dengan produk pintar lain di rumah dan mengurangkan penggunaan rangkaian Wi-Fi di rumah dan enjin AI nya digunakan secara local.

Essential Home merupakan tambahan menarik dalam segmen pembantu digital di rumah dan memberikan pengguna lebih pilihan.

Konsep rumah pintar pula semakin mendapat permintaan dan seringkali dipamerkan di dalam filem-filem teknologi.

Sumber

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY