Dah Boleh Guna Controller DualSense Di Peranti Apple

Sebelum ini pemain PS5 boleh menyambung pengawal DualShock 4 PS4 ke peranti iPhone atau iPad dengan menggunakan aplikasi Remote Play.

Semalam Sony mengumumkan pemain sudah boleh nikmati permainan di peranti Apple menggunakan pengawal (controller) DualSense untuk PlayStation 5 di peranti Apple seperti iPhone, dan iPad.

https://twitter.com/PlayStation/status/1391822847924973579?s=20

Namun begitu, bermain melalui Remote Play akan mengurangkan beberapa ciri yang ada ketika bermain di PS5 seperti haptic feedback. Tetapi ciri adaptive triggers tetap ada ketika bermain melalui Remote Play.

Kepada yang berminat untuk menggunakan DualSense di peranti Apple, ikuti langkah berikut:

  1. Pastikan sistem operasi peranti di kemas kini ke iOS 14.5 atau iPadOS 14.5.

  2. Muat turun aplikasi Remote Play di App Store.

  3. Pasangkan (pair) DualSense tanpa wayar pada peranti melalui mod penemuan Bluetooth dengan menekan butang PS dan Create secara serentak.

  4. Pilih DualSense dalam senarai peranti Bluetooth untuk dipasangkan.

  5. Bar cahaya dan indikator pemain akan menyala sebagai tanda selesai.


Baca juga - PlayStation 5 Akan Guna Cip Baru Menjelang Tahun 2022.

Malangnya, pengguna peranti Android masih belum mendapat akses atau sokongan ini.

Sumber: trustedreviews dan playstation