Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
spaylater

ePemula: Sah, Anda Tidak Boleh ‘Top-Up’ ShopeePay Di 7-Eleven Atau Beli Barang Shopee

Diterbitkan April 11, 2022 · Dikemas kini April 11, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Hari ini, ramai anak muda mula menuntut ePemula bernilai RM150 antara salah satu platform antara Shopee, Grab, Tng eWallet dan BigPay.

Melalui tinjauan kami, ramai yang menebus melalui ShopeePay dengan harapan untuk membeli barang di platform tersebut dengan wang diberi.

Hai @watermelonfruzz 🙂
Untuk kredit epemula Shopeepay, ia boleh digunakan hanya melalui offline sahaja di kedai/supermarket yang menerima pembayaran Shopeepay.

Terima kasih
AF

— Shopee Malaysia (@ShopeeMY) April 10, 2022

Tetapi, harapan mereka berkecai apabila hanya selepas menuntutnya, barulah Shopee memberitahu bahawa ePemula itu hanya boleh digunakan untuk pembelian luar talian.

Ini bermakna anda tidak boleh check-out barangan dibeli di Shopee dengan RM150 tersebut.

shopeepay epemula
FAQ Shopee untuk ePemula.

Pada bantuan sebelum ini, ada satu loop hole di mana pengguna yang menebus eBelia di TnG eWallet boleh memindahkannya ke ShopeePay melalui kaunter 7Eleven. Mereka kemudiannya menggunakan wang dipindah untuk membeli barang di Shopee.

Tak boleh ye awak. Topup 7e hanya cash sahaja tauu 😉 pic.twitter.com/lfgGvEp8mM

— احمد (@iamhaziq_) April 11, 2022

Hal ini nampaknya tidak boleh dijayakan kali ini kerana ramai mendedahkan di Twitter bahawa pihak 7-Eleven tidak lagi menerima tambah nilai ShopeePay melalui TnG eWallet.

Kami sendiri telah ke cawangan 7-Eleven berdekatan untuk membongkar kebenaran. Hasilnya, kami dapati dakwaan ini 100% benar. Menurut saudari di kaunter 7 Eleven, mereka hanya menerima tambah nilai melalui tunai sahaja dan mana-mana e-dompet (e-wallet) tidak akan diterima.

tng faq epemula
FAQ TnG eWallet untuk ePemula.

Jadi, apa yang anda boleh lakukan dengan RM150 ePemula ini?

Melalui FAQ penyedia perkhidmatan dan jawapan daripada juruwang 7 Eleven, anda hanya boleh menggunakannya untuk membeli barang secara fizikal atau luar talian (offline).

Sebagai contoh, jika anda beli barang dari kedai 7-Eleven, maka anda boleh membayarnya dengan wang ePemula.

Selain itu, pembayaran melalui DuitNow QR seperti di kedai makan, gerai di bazar Ramadan juga boleh dimanfaatkan dengan bantuan Kerajaan ini.

Ringkasnya, anda hanya boleh membelanjakan ePemula di premis fizikal yang menyokong pembayaran melalui ShopeePay, GrabPay, TnG eWallet dan BigPay (kad debit).

Hal ini walaupun tampak tidak memberi kelebihan pada pengguna namun Kerajaan sebenarnya telah menjustifikasinya dengan kenyataannya di laman rasmi Kementerian Kewangan Malaysia.

Program ePemula merupakan salah satu inisiatif yang telah diumumkan di bawah Bajet 2022 dan bertujuan untuk:

  1. Meringankan beban kewangan belia;

  2. Menggalakkan pembelanjaan secara tanpa tunai di kalangan belia; dan

  3. Menggalakkan transaksi secara tanpa tunai oleh perniagaan fizikal.

Baca juga:

  • Mirip Skim Pinjaman Buku Teks, Tablet PerantiSiswa Perlu Dipulang Semula
  • Bantuan ePemula Tidak Seperti Sebelum Ini, Terhad Pembayaran Kedai Fizikal Sahaja
  • Kad Touch ‘N Go Baru Berdaya NFC, Boleh Tambah Nilai Guna ‘eWallet’

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY