Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
NASA DART 1

Akhirnya Dilancar, Roket DART Kini Sedang Menuju Ke Asteroid

Diterbitkan November 25, 2021 oleh Amsyar Latif

Setelah sekian lama diperbualkan, Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) akhirnya kini melancarkan misi kapal angkasa yang akan menuju untuk menghentam asteroid.

Buat makluman, ini merupakan satu ujian yang dijalankan dalam menghentikan asteroid sekiranya ia tiba ke bumi.

Roket DART yang digunakan ialah Falcon 9 milik SpaceX. Dengan berat 633kg, ia kini dalam perjalanan di angkasa dengan kelajuan 24000 kilometer sejam.

Screenshot 2021-11-25 at 11.33.47 AM

Tambahan lagi, DART memerlukan masa sekitar 10 bulan untuk sampai ke Asteroid Didymos dan Dimorphos yang berada pada jarak 11 juta kilometer dari bumi.

Asteroid Dimorphos merupakan sasaran NASA di mana saiznya sekitar dua patung Liberty Sementara Asteroid Didymos jauh lebih besar. Ia mempunyai diameter 762 meter dan masing-masing mengorbit matahari.

NASA DART info

Menurut NASA, misi DART menelan belanja AS$330 juta atau kira-kira RM1.3 bilion dan misi ini lebih kepada untuk mengubah sedikit haluan batu angkasa gergasi tersebut.

Dalam pada itu, NASA turut mengatakan setakat ini terdapat 10000 asteroid yang berukuran 140 meter dikenal pasti berhampiran dengan bumi.

Namun, tidak diketahui mana antaranya akan menghentam bumi dalam 100 tahun dari sekarang.

Sumber: utusan

Baca juga:

  • Saintis Mendakwa Kedudukan Kutub Selatan Dan Kutub Utara Mungkin Akan Berubah

  • Kebocoran Lubang Ozon Di Kutub Selatan Kini Seluas 23 Juta Kilometer Persegi

  • NASA Mengesan Lebih Banyak Asteroid Menghampiri Bumi Dalam Tempoh 50 Tahun

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY