Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) kini mengesahkan terdapat sejumlah exoplanet atau extrasolar planet baharu yang ditemui di luar sistem suria.
Menurut saintis, 301 planet yang disahkan kewujudannya dan menjadikan jumlah keseleruhan setakat ini adalah 4569.
Dalam mengetahui jumlah planet itu, saintis menggunakan teknik baharu dengan menggunakan pembelajaran mesin (machine learning) untuk mendalami ke dalam data Kepler Space Telescope milik NASA.
Namun, bukan mudah untuk mengenalpasti sama ada itu adalah planet atau bintang. Jadi, bagi menyelesaikan masalah ini, saintis menggunakan program yang dinamakan ExoMiner yang dijalankan oleh Pleiades supercomputer NASA. Program inilah yang membantu dalam mengetahui ia adalah planet atau pun tidak.
Scientists developed a new technique to use machine learning to delve into data from @NASA's retired Kepler Space Telescope, which examined thousands of stars for planets. Not all could be confirmed, but this new method could help with that! https://t.co/S2uyWTmkDd
— NASA Exoplanets (@NASAExoplanets) November 22, 2021
Tambahan lagi, kata ketua projek ExoMiner – Hamed Valizadegan, pengesahan daripada ExoMiner ini tepat dan dikatakan juga ia lebih boleh dipercayai berbanding manusia atau mesin lain.
Bagaimanapun, tidak ada satu pun planet-planet tersebut yang mempunyai persamaan dengan bumi. Akan tetapi, penemuan ini secara tidak langsung membuatkan bahawa bumi yang kita diami sekarang sememangnya unik dan sukar untuk dicari ganti.
Pada masa sama, kita juga dapat mengetahui lebih lanjut berkaitan kewujudan planet lain yang ada di luar sistem suria.
Sumber: newsweek
Baca juga: