Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Saintis Berjaya Mengubah Karbon Dioksida Menjadi Bahan Bakar Jet

Saintis Berjaya Mengubah Karbon Dioksida Menjadi Bahan Bakar Jet

Diterbitkan Disember 28, 2020 oleh Amsyar Latif

Beberapa hari sahaja lagi kita akan memasuki tahun 2021 dan banyak teknologi baharu yang akan kita lihat menjelang tahun hadapan.

Baru-baru ini, para saintis daripada Universiti Oxford telah berjaya menukarkan karbon dioksida menjadi bahan bakar untuk jet yang meningkatkan kemungkinan pesawat berkuasa konvensional dengan pelepasan sifar gas.

Mereka juga berpendapat bahawa minyak alternatif dan pesawat elektrik masih belum boleh dijadikan praktikal dalam mengurangkan pencemaran terutama industri penerbangan.

Teknik yang digunakan adalah membalikkan proses pembakaran bahan bakar dengan bergantung pada kaedah pembakaran organik.

Kemudian, mereka memanaskan campuran asid sitrik, hidrogen dan pemangkin besi-mangan-kalium untuk mengubah CO2 menjadi cecair bahan bakar yang mampu menggerakkan jet.

Saintis Berjaya Mengubah Karbon Dioksida Menjadi Bahan Bakar Jet

Pendekatan yang dilakukan ini juga adalah murah dan tidak rumit serta menggunakan bahan yang biasa diguna pakai.

Ia juga lebih murah jika nak dibandingkan dengan proses yang digunakan untuk mengubah hidrogen dan air menjadi bahan bakar.

Namun begitu, masih banyak lagi cabaran sebelum ia boleh digunakan dalam pesawat. Ini kerana proses yang dilakukan dalam makmal hanyalah beberapa gram bahan bakar dan tidak cukup untuk menerbangkan pesawat.

Kajian ini juga sedang dilakukan dengan rakan industri dan tiada masalah untuk dilakukan tetapi proses ini perlu dioptimakan dan dijadikan lebih cekap sebelum ia digunakan sepenuhnya dalam industri penerbangan.

Sumber: wired

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY