Sebagai sebuah pengeluar bateri, Energizer sudah pasti mahu memastikan model telefon pintar mereka dijana dengan bateri berkuasa besar. Energizer Power Max P600S merupakan peranti yang dilengkapi dengan bateri berkapasiti 4500mAh yang menjanjikan penggunaan selama 12 jam atau 16 hari waktu standby.
Untuk mengecas bateri terbabit ia didatangkan dengan sokongan pengecasan pantas 12V menerusi port USB-C.
Berikut merupakan spesifikasi ringkas telefon pintar Energizer ini.
- Skrin 5.99 inci beresolusi 1080p dengan nisbah paparan 18:9
- Cip pemprosesan MediaTek Helio P25
- RAM 3GB/ Storan 32GB atau RAM 6GB/ Storan 64GB
- Sokongan memori tambahan menerusi kad MikroSD 256GB
- Dwi kamera belakang yang menggabungkan lensa 13MP dan 5 MP
- Kamera selfie 8MP dilengkapi dengan flash
- Android Nougat 7.0
Peranti ini diramal penjualannya pada pertengahan Januari dan harga pasarannya masih belum didedahkan. Ia ditawarkan pada dua variasi warna iaitu Hitam dan Biru.
Sumber: Android Authority
Berkaitan
- Amazfit GTS 2 Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM399
- Pra Tempah Vivo V11 Dan V11i Sudah Mula Dibuka, Peranti Dengan Sistem Imbasan Cap Jari Dalam Paparan
- Facebook Perkenal Fungsi Permainan Dalam Aplikasi Messenger
- MySejahtera Bukan Aplikasi Pengawasan Moral
- Telefon 5G Bawah RM2000 Paling Laris Di Shopee Pada Promo 2.2 Lepas
- Syarikat Israel Temui Cara Nyahkunci Hampir Kesemua Model iPhone
- Samsung Memperlihatkan " The Wall", TV Berukuran 146 Inci
- Singapura Bakal Halang Penjawat Awam Dari Menggunakan Internet
- Microsoft Akan Bangunkan Pelayar Web Berasaskan Chromium Bagi Menggantikan Edge
- Vivo TWS Earphone, Fon Telinga Tanpa Wayar Dengan Ciri Menarik