Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MySejahtera Super App

MySejahtera Bukan Aplikasi Pengawasan Moral

Diterbitkan November 2, 2021 oleh Helmi Samsuri

Sudah lebih setahun kita menggunakan aplikasi MySejahtera dalam urusan seharian sejak wabak Covid-19 melanda negara. Dibangunkan bertujuan untuk mengekang penularan virus berbahaya itu, kita sedia melihat dan mendengar pelbagai maklum balas pengguna.

Antara perkara terbaru yang menarik perhatian berkaitan aplikasi MySejahtera, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa terdapat individu beragama Islam berkunjung ke premis perjudian. Ia adalah berdasarkan rekod daftar masuk aplikasi MySejahtera. Ketua Pembangkang tersebut pada Sidang Parlimen 1 November yang lalu turut meminta pihak kerajaan menyiasat perkara ini.

Namun begitu, bagi menjawab persoalan yang timbul itu, Menteri Kesihatan Malaysia, YB Khairy Jamaludin menyatakan bahawa aplikasi MySejahtera tidak akan digunakan untuk tujuan pengawasan moral pengguna. Beliau menambah, MySejahtera hanya akan digunakan sebagai sebuah aplikasi pengurusan pandemik dan berkaitan kesihatan awam sahaja.

 

 

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY