Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
twitter edit

Twitter Sedang Uji Ciri ‘Edit Tweet’ Tapi Bukan Sebab Elon Musk

Diterbitkan April 7, 2022 oleh Nadiah Ab

Baru-baru ini, semua digemparkan dengan berita Elon Musk menjadi pemegang saham terbesar syarikat Twitter. Sejurus selepas itu, Elon bertanya kepada pengikutnya di Twitter melalui satu poll sama ada mereka mahukan butang ‘Edit’ atau tidak.

Do you want an edit button?

— Elon Musk (@elonmusk) April 5, 2022

Hasil dari poll tersebut, dari 4 juta undian, 73.6% daripadanya mengundi “yse”, yang menyokong penambahan ciri tersebut.

Berikutan itu, semalam, Twitter mendedahkan mereka telah mula mengusahakan ciri butang ‘Edit’ ini sejak tahun lepas lagi.

Menurut Twitter, idea penambahan ciri ‘Edit’ ini bukanlah diilhamkan dari poll yang dibuat oleh Elon Musk sebelumnya.

https://twitter.com/twittercomms/status/1511456466233815041?s=21

Berdasarkan gif yang dikongsikan oleh Twitter Comms, butang “Edit Tweet” akan berada dalam menu tiga titik bahagian atas kanan tweet, betul-betul di bawah “Add/remove from Lists”.

Walau bagaimanapun, syarikat itu berkata mereka masih memerlukan masa untuk melaksanakan ciri ini sebelum ia boleh digunakan oleh semua pengguna Twitter.

Menurutnya lagi, ciri beta ini akan tersedia buat pelanggan Twitter Blue terlebih dahulu untuk mendapatkan maklum balas yang mencukupi sebelum ia dilancarkan kepada pengguna biasa juga.

Sumber: Twitter Comms

Baca juga:

  • Saham Twitter Naik Selepas Elon Musk Diumumkan Pemegang Saham Terbesar
  • Lebih Kurang Macam “Boomerang”, Ini Cara Buat Video GIF Di Twitter
  • Twitter Uji Fungsi ‘Spaces’ Baharu Tapi iOS Sahaja Boleh Guna Dulu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY