Elon Musk Dedahkan Yang Nama 'Tesla' Itu Dibeli

Beberapa hari lepas, Facebook mendapati bahawa nama Meta yang baru sahaja digunakan mereka rupa-rupanya telah digunakan sebuah syarikat lain yang bernama Meta PC. Oleh itu, mereka mungkin perlu membelinya jika mahu teruskan penggunaan nama Meta.

Namun begitu, tahukah anda bahawa sebuah lagi syarikat gergasi dunia yang turut mempunyai situasi hampir sama Meta? Syarikat yang dimaksudkan itu adalah Tesla, sebuah jenama yang mengeluarkan kenderaan elektik (EV).

Mungkin ada yang berpendapat nama Tesla itu merupakan idea asli yang dikeluarkan. Akan tetapi, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Tesla - Elon Musk, beliau menyatakan bahawa bukan itu yang berlaku.

https://twitter.com/teslaownerssv/status/1456763372116971523?s=21

Katanya lagi, 'Tesla' sebenarnya adalah nama sebuah syarikat yang terletak di Sacramento, California. Elon Musk menerangkan bahawa beliau perlu menghantar seorang individu yang mempunyai tahap kesabaran tinggi bagi menjalankan satu misi, iaitu dalam memperoleh nama 'Tesla'.

Misi yang dijalankan itu berjaya dimana pemilik asal 'Tesla' itu akhirnya bersetuju untuk menjualnya dengan tanda harga USD75,000 (~RM311000). Namun, apa yang akan terjadi sekiranya 'Tesla' tidak dapat digunakan?



Elon Musk mengatakan jika tiada penggunaan nama 'Tesla', syarikatnya itu mungkin akan menggunakan nama 'Faraday' yang mana nama tersebut juga telah digunakan pesaingnya - Faraday Future.

Sumber: HIAuto

Foto utama: motortrend

Baca juga: