Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
huawei car 2

Kereta Pintar Ini Dipandu Oleh Sistem Operasi HarmonyOS Dari Huawei

Diterbitkan April 26, 2021 · Dikemas kini April 26, 2021 oleh ariff bukhari

Selaian memperkenalkan kenderaan utiliti sukan mereka yang pertama iaitu SF5 di Pameran Auto Shanghai 2021, Huawei turut mempertontonkan sebuah lagi kereta yang dibangunkan bersama BAIC.

Kereta pintar tersebut yang dikenali sebagai ArcFox Alpha S Series itu dikawal dengan menggunakan sistem operasi yang dibangunkan Huawei iaitu HarmonyOS. Manakala pengeluarannya dilakukan oleh BAIC.

Kereta pintar itu dikuasakan oleh bateri yang menyokong pengecasan pantas. Ia didakwa mampu bergerak sejauh 197km dengan hanya mengambil masa 10 minit sahaja untuk dicas  penuh.

Ia juga menggunakan cip pemprosesan yang dibangunkan Huawei iaitu Kirin 990A yang berfungsi bagi mengawal beberapa tugas utama seperti radar dan 9 kamera yang terdapat pada kereta pintar tersebut.

Teknologi sistem pemanduan sendiri untuk kereta dari Huawei ini bakal menyaingi sistem pemanduan yang terdapat di dalam kereta pintar Tesla.

Pengeluaran secara besar-besaran bagi sistem kenderaan pintar oleh Huawei ini  dijangka akan bermula dalam tahun ini juga.

https://www.youtube.com/watch?v=dyP3xTXLwS4

Sumber: Huawei Central

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Cara Dapatkan Spotify Pelajar
  • 10 Laman Web Rujukan Akademik Yang Boleh Digunakan Pelajar
  • Reddit Bakal Utamakan Pengguna Log Masuk, Akses Tanpa Akaun Mungkin Dihadkan
  • Harga Telefon Pintar Semakin Mahal, Pengguna Terpaksa Setia Dengan Model Lama
  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
  • Mikroskop Digital 4K EVO Cam AURA Diperkenal Untuk Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
©2026 WISER.MY