Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Electronic Arts(EA) Tidak Mengadakan Persidangan Di Acara E3 2019

Electronic Arts(EA) Tidak Mengadakan Persidangan Di Acara E3 2019

Diterbitkan Mac 9, 2019 oleh Haikel Areff

Persidangan E3 kian menjadi tumpuan terutama bagi penggemar permainan video seluruh dunia saban tahun.

Ini kerana, ia menjadi platform di mana para pembangun permainan video dan konsol untuk memperkenalkan produk baharu mereka.

Akan tetapi pada tahun lepas, kita dikejutkan dengan keputusan Sony untuk menarik diri daripada acara terbesar dalam industri permainan video itu.

Electronic Arts(EA) Tidak Mengadakan Persidangan Di Acara E3 2019
Gambar Hiasan, EA

E3 2019 akan menjadi lebih suram apabila tiba giliran Electronic Arts(EA) pula mengesahkan tidak akan mengadakan persidangan di acara itu nanti.

Namun berbeza dengan Sony, EA akan tetap hadir di acara itu dengan hanya akan menayangkan video gameplay permainan mereka melalui penstriman secara langsung di sana nanti.

Sebaliknya, acara EA Play yang menfokuskan untuk memberi pengalaman bermain permainan terbaru mereka akan tetap berlangsung namun lebih awal daripada E3 2019 iaitu pada 7 Jun.

E3 2019 akan berlangsung bermula dari 12 Jun sehingga 14 Jun ini bertempat di Los Angeles, California.

 

Sumber: IGN

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
©2026 WISER.MY