Elakkan Penipuan Urusniaga Dalam Talian Dengan Menyemak Nombor Akaun Bank Atau Nombor Telefon

Dizaman serba moden ini, kebanyakkan dari kita lebih selesa membeli barang secara dalam talian kerana ia lebih mudah dan tidak memenatkan.

Pelbagai barangan dijual secara dalam talian tidak kira di platform apa sekalipun, Instagram, Facebook, Mudah dan lain-lain lagi. Tetapi pernahkah anda berasa ragu-ragu untuk menjalankan urusniaga dengan penjual?

Tidak menjadi masalah jika anda membeli di laman e-dagang seperti Lazada kerana transaksi yang dijalankan terjamin selamat, tetapi bagaimana pula dengan urusniaga dengan penjual di media sosial.

Adakah ia benar-benar menjual barangan atau adakah anda bakal menjadi mangsa penipuan jual beli dalam talian?

Menurut perkongsian kiriman Facebook saudara Muhammad Bin Md Yazed, terdapat satu laman web yang dibangunkan PDRM bertujuan membantu anda menyemak akaun bank serta nombor telefon bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa peniaga yang tidak bertanggungjawab.

Laman web kendalian Jabatan Siasatan Jenayah Komersil ini berfungsi dengan memaparkan akaun bank atau nombor telefon yang tersenarai dalam repot yang dibuat pengguna.



Cara menyemaknya adalah sangat mudah, klik (sini) untuk ke laman web tersebut dan anda hanya perlu memasukkan nombor akaun atau nombor telefon penjual ke ruangan yang disediakan.

Sekiranya terdapat aduan atau repot, ia akan memaparkan "Amaran" beserta jumlah repot yang dibuat.

Jelas sekali disini, aduan polis adalah sangat penting apabila anda terlibat dalam kes penipuan jual beli dalam talian. Hal ini kerana, pihak polis akan mengemaskini maklumat tersebut supaya ia dapat dijadikan bahan rujukan orang awam pada masa hadapan.

Klik (sini) untuk rakaman perbualan antara saudara Muhammad Bin Md Yazed dan pihak Jabatan Siasatan Jenayah Komersial tentang kesahihan laman web tersebut.

Sumber: Muhammad Bin Md Yazed