Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PM: Sempadan Malaysia Akan Dibuka Tak Lama Lagi

Elak Kesesakan Di Pintu Masuk Negara, Penggunaan Sistem Kod QR Sedang Diuji

Diterbitkan Mei 13, 2024 · Dikemas kini Mei 13, 2024 oleh Amsyar Latif

Antara kekurangan atau masalah yang dihadapi apabila masuk ke negara Malaysia adalah kesesakan pada waktu puncak. Contohnya di sempadan Johor Bharu.

Kini, memetik laporan daripada KOSMO, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sedang menjalankan ujian yang menggunakan sistem kod QR. Secara tidak langsung, proses pergerakan di pintu masuk dan keluar negara lebih lancar.

Kata Ketua Pengarah JIM, Datuk Ruslin Jusoh, maklumat berkaitan pelaksanaan dengan sistem kod QR ini akan diumumkan KDN dalam masa terdekat.

Tambahan lagi, inisiatif ini tidak terhad di Johor Bharu sahaja, ia juga melibatkan pintu masuk lain termasuk udara. Pihak imigresen juga menyatakan aspek keselamatan turut menjadi keutamaan.

“Aspek keselamatan ini termasuk daftar keluar masuk kita kena pegang, rekod kita kena ada, mereka yang ada senarai disyaki, senarai hitam dan sebagainya, kita ada rekod (semua itu),” Ketua Pengarah JIM.

Melaluinya, ia adalah antara komitmen KDN dan juga imigresen untuk menangani kesesakan pintu masuk utama negara.

Terdahulu, Singapura telah pun memperkenalkan pelepasan imigresen melalui kod QR jika melakukan perjalanan dengan kereta, atau sistem kawalan sempadan automatik (ABCS) tanpa sentuhan di dewan penumpang.

Berkaitan

  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Sumber: KOSMO! online

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY